29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

130 pelajar sertai Klinik  Asas Petanque

KLINIK…Faisal (tiga dari kiri), Wahadir (berdiri tengah barisan belakang)  bersama peserta Klinik Asas Petanque (akar umbi).

LABUAN: Seramai 130 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di sini telah menyertai Klinik Asas Petanque (akar umbi) yang dianjurkan  Persatuan Sukan Boules Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan dan Jabatan Pendidikan Labuan.

Klinik dua hari yang berakhir pada Ahad  itu telah  diadakan  gelanggang Petanque Kompleks Sukan Labuan.

 itu telah dikendalikan olej Wahadir Hamdan fari Persatuan Sukan Noules SabahnKota Kinabalu Sabah, Wahadir  Hamdan.

Menurut Pengerusi Persatuan Sukan Boules Wilayah Persekutuan Labuan, Faisal Talip, klinik yang di bahagikan kepada 4 sesi itu telah dikendalikan oleh penceramah jemputan Wahadir Hamdan yang juga jurulatih Persatuan Boules Sabah.

Katanya, klinik  tersebut bertujuan untuk membangunkan sukan petanque  di peringkat akar umbi membabitkan golongan remaja dan juga pelajar sekolah.

“Kita berharap melalui klinik yang kita anjurkan  ini akan dapat melahirkan lebih ramai pemain muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi” katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis penutupan klinik tersebut, Faisal turut mengumumkan akan menubuhkan  Akademi Tunas  Labuan Boules bagi merangsang lebih ramai pemain muda yang berminat dalam sukan boules menyertainya.

Majlis perasmian dan penutupan klinik disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JBS Labuan, Felix Den Anthony.

Hadir sama, Nasrun Ramlee mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusop Mohammad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN