ADVERTISEMENTspot_img

13 PDM StarSabah Bingkor mahu Robert Tawik dikekalkan calon PRN-17

Robert Paulus (keempat dari kanan) bersama Jentera Pilihan Raya StarSabah Bahagian N.40 Bingkor.

KENINGAU: Tiga belas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) Bahagian N.40 Bingkor sebulat suara mahu Ketua Bahagian StarSabah N.40 Bingkor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin, dikekalkan sebagai calon DUN N.40 Bingkor pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya StarSabah Bahagian N.40 Bingkor yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Encik Robert Paulus, bertempat di PDM Apin-Apin/St James Apin – Apin , Bingkor.

Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Wiramuda Bahagian, Florian @ Jai Ilon, menegaskan bahawa Pergerakan Wiramuda Bingkor telah memutuskan calon StarSabah N.40 Bingkor adalah penyandang sedia ada, Datuk Robert Tawik @ Nordin.

“Datuk Robert adalah calon yang paling sesuai kerana ahli-ahli StarSabah Bahagian Bingkor masih memerlukan beliau untuk meneruskan pembangunan di kawasan ini. Beliau disenangi rakyat kerana sikapnya yang mesra, mudah didekati, dan tidak memilih kasih dalam melayani masyarakat,” katanya.

Beliau menambah bahawa sejak Datuk Robert menjadi wakil rakyat sepenggal lalu, perubahan pembangunan di kawasan Bingkor begitu ketara, manakala kebajikan rakyat sentiasa diberikan perhatian dengan turun padang mengantuni masyarakat tanpa mengira masa.

Ucapan Florian itu mendapat tepukan gemuruh dan sambutan padu daripada lebih 200 ahli jentera serta ahli StarSabah yang hadir.

Sementara itu Ketua Wiraemas Saimin Bandara berharap Presiden StarSabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Datuk Kitingan mendengar suara akar umbi yang mahu Robert dikekalkan sebagai calon.

Keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat ini perlu dihormati oleh kepimpinan parti.

Jelasnya jentera sudah bersiap sedia untuk bergerak.

Mesyuarat tersebut turut menyaksikan pelancaran rasmi Jentera Pilihan Raya DUN N.40 Bingkor yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Robert Paulus, mewakili Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin

Dengan kesatuan akar umbi yang ditunjukkan, jentera StarSabah Bingkor yakin mampu membawa kemenangan besar kepada calon GRS di kawasan ini pada PRN ke-17.

Turut hadir Pengerusi Tetap Parti STARSABAH Gundohing Fred Vincent Marukau,Setiausaha Bahagian STARSABAH DUN Bingkor En.Junior Fred Vincent,Timbalan ketua Exco Wiramuda STARSABAH Sdra.Razzidin Robert,Ketua Wiranita STARSABAH DUN Bingkor Puan Jennefer Epil, Ketua Wiramuda STAR Bingkor Sdra.Florian Elon,Ketua Wiramaja Sdri.Everria Indai,Ketua Wira Emas STARSABAH DUN Bingkor Gundohing Saimin Bandara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN