30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

13 lagi JPKK berjaya diwujudkan di kawasan N.45 Sook. 

Ellron bergambar kenangan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat yang mengikuti majlis takilimat kepimpinan..

KENINGAU:13 lagi badan Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) berjaya diwujudkan di kawasan N.45 Sook. 

Daripada 13 badan JPKK itu, lapan di Mukim Sook iaitu Kampung Kobosion, Kampung Kosuing, Kampung Kebuan Laut Lapai, Kampung Mosorui, Kampung Seri Menanti, Kampung Susulat, Kampung Terlobou dan Kampung Ulu Masusun. 

Sementara itu empat di Mukim Dalit iaitu Kampung Dalit Station, Kampung Nantabakan, Kampung Sanang Dalit dan Kampung Tataluan serta satu bagi Mukim Ansip iaitu Kampung Kapakaan.

Watikah pelantikan Pengerusi-Pengerusi JPKK bagi kampung-kampung tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Sook Datuk Ellron Angin sempena Majlis Taklimat Kepimpinan Bersama Pemimpin Akar Umbi Bagi Kawasan DUN N.45 Sook di  Kampung Biah Tengah pada Sabtu lepas.

Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan mengucapkan syabas dan Tahniah atas pengiktirafan kampung baru serta selamat bertugas kepada Pengerusi-Pengerusi JPKK yang baharu dilantik. 

Mengenai Taklimat Kepimpinan Ellron berkata, ia bertujuan bagi menjelaskan peranan sebenar pemimpin-pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Isidore F. Paul. 

Pada masa sama Ellron mengingatkan agar pemimpin-pemimpin masyarakat perlulah menjaga dan memelihara etika diri. 

Katanya, etika adalah penting dalam diri seseorang pemimpin bagi  mendisiplinkan diri  ke arah amalan baik. 

Beliau juga berharap agar taklimat dianjurkan oleh UPPM N.45 Sook ini dimanfaatkan sepenuhnya agar pemimpin-pemimpin masyarakat dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti dan efektif. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN