32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

13 individu di kompaun langgar SOP

SUPT. Muhamad Farid Ahmad


LABUAN: Seramai 13 individu warga tempatan dikenakan kompaun dalam dua kejadian yang berasingan, pada Selasa.


Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata kes pertama dikenakan ke atas tiga individu lelaki kerana didapati menaiki kenderaan lebih dua orang dalam sekatan jalan raya di Jalan Tun Mustapha kira-kira jam 9.30 pagi.


“Manakala kes kedua 10 remaja lelaki dikompaun kerana bermain futsal di gelanggang perumahan LDA Kg Sungai Bedaun kira-kira 8.00 malam,” katanya.


Beliau berkata kesemua individu yang dikompaun berusia dalam lingkungan umur 17 hingga 32 tahun.


Menurut Farid, tiga individu yang dikompaun didapati telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana menaiki kenderaan melebihi dua orang yang dibenarkan manakala aktiviti sukan yang dibenarkan hanya boleh dilakukan secara individu sahaja.


Pihak polis menasihatkan masyarakat Labuan agar mematuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan untuk membendung penularan virus Covid-19.


“Kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya.


Farid menjelaskan, 13 individu dikompaun atas kesalahan di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No.8) 2020 yang boleh didenda RM1,000 setiap seorang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN