Salah seorang JPKK mewakili penerima BarMa disampaikam Rostinah Yomou mewakili Parlimen Ranau.
SUMBANGAN BARMA…Sebanyak 1,173 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 48 buah kampung kawasan Parlimen Ranau, telah menerima sumbangan Barang Makanan (BarMa 3.0) dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau melibatkan 816 (KIR) menerima pada 9 Julai dan 357 lagi telah menerima pada 10 Julai. Sumbangan BarMa itu adalah untuk meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir. Penghantaran dan penyerahan sumbangan telah disempurnakan para petugas dan sukarelawan Pejabat Parlimen Ranau, mewakili Jonathan. Manakala penerima telah diwakili JPKK setiap kampung yang terlibat.
Petugas Parlimen Ranau (kiri), Missi Sambulang menyampaikan BarMa kepada Penolong JPKK Kg.Muhibbah, Bobby diperhatikan Setiausaha Kerja Parlimen Ransu, Suzi Munyan (kanan) memegang kertas senerai nama 19 penerima.