PENOLONG Kanan Tingkatan 6, Saminan Sabtu (tengah pakai tali leher) bersama pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan yang menerima peranti untuk pembelajaran, baru-baru ini.
LABUAN – Seramai 117 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan menerima peranti Siswa Keluarga Malaysia, baru-baru ini.
Kesemua penerima terdiri daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang menuntut di Pusat Tingkatan Enam sekolah berkenaan.
Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam Yasim berharap semua pelajar yang menerima peranti tersebut dapat memanfaatkan sumbangan kerajaan kea rah menjayakan Dasar Pendigilan Pendidikan selari dengan Revolusi Industri 4.0.
“Kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan, saya berharap pelajar menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM pada tahun ini,” katanya.
Turut hadir meninjau sesi pengagihan peranti tersebut ialah dua Penolong Pengarah Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Sahbudin Ag. Muhammad dan Christopher John Sintum.