33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

116 pemain golf sedia bersaing di Kejohanan Golf  Terbuka Labuan Edisi 2023

Peter  (tengah) bersama  Bonis (kanan) dan Azahar.

LABUAN: Seramai 116 pemain golf yang melibatkan penyertaan dari Sabah, Sarawak dan Brunei telahpun bersedia untuk bersaing di Kejohanan Golf Terbuka Labuan Edisi  2023.

Kejohanan yang akan berlangsung di padang Kelab Golf Labuan (LGC) selama tiga hari bermula pada 11 hingga 13 Ogos 2023 dianjurkan Kelab Golf Labuan (LGC) dengan kerjasama Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Persatuan Golf Sabah (SGA).

Menurut Presiden LGC, Peter Pikul kejohanan tersebut yang membabitkan kategori Lelaki dan Wanita itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM70,000.

“Daripada 116 peserta itu, 100 terdiri daripada peserta lelaki dan 16 peserta wanita” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, pada Khamis.

Sementara itu, juara bertahan Brandon Lai dari kelab Golf Shan Sui & Cuntry Club Tawau   dan Nurul Shahira  Atiqah Saparudin dari Sandakan Golf Cuntry Club (SGCC) akan turut bersaing untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Selain itu, beberapa pemain tempatan (tuan rumah) seperti Zarich Encho, Idris Mohamad, Arif Azril dan Kevin Gaspar yang sebelum ini pernah mencipta nama di beberapa siri kejohanan adalah pencabar yang akan memberikan saingan kepada pemain luar dari Labuan.

Dalam pada itu, Peter berkata, kejohanan selama tiga hari ini bukan sahaja dapat memeriahkan suasana kejohanan tahunan LGC, tetapi juga mampu meningkatkan reputasi Labuan sebagai  destinasi sukan pelancongan yang mesti di lawati.

“Kami juga yakin dengan kehadiran pemain dari luar Labuan yang disertai oleh ahli keluarga mereka akan dapat menjana ekonomi Labuan, khususnya dari segi perhotelan, kedai makan dan juga peniaga kecil-kecilan” katanya.

Hadir pada sidang media itu, Golf Kapten LGC, Bonis Sumid dan Bendahari LGC, Mohd Azahar Awang Besar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN