SIAP….keadaan jalan raya Tebobon Matanoi selepas diselanggarakan.
KENINGAU – Penduduk Kampung Matanoi kini merasa lega apabila jalan raya Tebobon, Matanoi diselanggarakan atas usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik.
Jurucakap penduduk Dorine Julius berkata, jalan raya tersebut sebelum ini tidak boleh dilalui kenderaan kecil akibat hakisan hujan yang berterusan.
“Berikutan dengan keadaan jalan raya yang semakin rosak dan sukar dilalui itu, penduduk memohon kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya agar kerosakan jalan raya itu dibaiki segera” katanya.
Tidak lama selepas itu katanya, jalan raya sejauh satu kilometer itu dibaiki dan kini ia memberi keselesaan kepada penduduk.
“Kami berterima kasih kepada Robert, Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)Bingkor dan JPKK kampung kerana bertindak dengan pantas mengatasi masalah yang dihadapi penduduk” katanya.
Beliau berkata, dengan siapnya penyelanggaraan jalan raya itu penduduk kini mudah mengeluarkan hasil pertanian.