32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mayat lelaki terapung ditemukan berhampiran Pulau Rusukan

MAYAT…. Mayat lelaki terapung  lengkap berpakaian  ditemukan oleh orang awam berhampiran Pulau Risiskan Kecil pada Ahad.

LABUAN – Mayat seorang lelaki ditemukan  dalam keadaan terapung berhampiran Pulau Rusukan Kecil, pagi Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Deputi Superitendan  Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam  mengenai penemuan mayat lelaki itu kira-kira pukul 10.30 pagi.

Beliau berkata, sejurus  menerima maklumat tersebut, pihaknya dengan dibantu oleh Polis Marin Labuan telah  menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati  mayat dipercayai seorang lelaki berada dalam keadaan terapung pada jarak lebih kurang satu batu dari Pulau Rusukan Kecil.

|”Ketika ditemui, keadaan mayat lengkap berpakaian dan berbaju jaket biru muda bertulis HENGYI” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang Ahad.

Beliau berkata, pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal dan mangsa tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

|”Mayat lelaki berkenaan  dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Menurut Mohd Ibrahim, setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang aduan berkaitan kehilangan  mana-mana orang atau ahli keluarga.

Bagaimanapun, beliau meminta kerjasama masyarakat yang mempunyai maklumat tentang kehilangan mana-mana orang atau ahli keluarga agar segera tampil ke Balai Polis Labuan untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN