30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

111  pemain golf sertai Kejohanan  Golf Senior  Amatur Terbuka Labuan 2023

HADIAH…. Gapilin (tengah)  memenggang piala untuk kategori Lelaki bersama Peter (kiri) memeggang  piala kategori wanita  dan Encho.

LABUAN: Seramai 111 pemain golf dari Sabah, Sarawak, Semanjung Labuan,  dan negara Brunei Darusallam akan menyertai Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2023 di padang Kelab Golf Labuan, pada Sabtu ini.

Presiden Kelab Golf Labuan (LGC), Datuk Gapilin Nasaruddin berkata kejohanan dua hari itu merupakan edisi ke 8 bagi kategori lelaki senior dan edisi ke 6 bagi kategori wanita senior.

Beliau berkata bagi kategori lelaki akan disertai seramai 102 pemain  lelaki dan 9 lagi merupakan pemain wanita yang mewakili kelab golf masing-masing.

Daripada jumlah itu, Kelab Golf Kinabalu (KGC) telah menghantar seramai 26 pemain diikuti Labuan Golf Club (LGC) seramain 25 pemain,  Brunei menghatar 19 pemain,  Sabah Golf Cuntry Club (SGCC) 10 pemain, Keningau Golf  & Country  Club (KUGCC) 9 pemain dan Labuan International Golf Club (LIGC) 6 pemain.

Selain itu  Kelab Golf Kudat (KGC) diwakili 5 pemain, Shan Shui & Coutry Club Tawau  (SHGCC) 3pemain dan masing masing seorang dari Pantai Dalit Golf Club, Borneo Bongawan Country Club,  Karambunai dan Nexus.

“Kejohanan yang dianjurkan oleh LGC ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan bukan sahaja penyertaan dari Labuan tetapi juga dari kelab kelab golf Sabah, Sarawak, Semananjung dan Brunei”katanya dalam satu sidang akhbar di LGC, pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Presiden LGC, Peter Pikul dan Kapten Golf LGC, Encho Hamid.

Gapilin berkata, pada edisi 2019, juara kejohanan disandang oleh  Joannes Pius dari LGC yang turut untuk mempertahankan kejuaraan pada tahun ini, manakala wanita pada edisi 2019 telah dimenangi oleh Edora Abdullah dari Kelab Golf Kudat (KGC).   

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN