26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

11 buah sekolah agama adakan Ihtifal Ilmi

Ustazah Jumiti(duduk depan dua kiri) bersama guru-guru ibu bapa danĀ  pelajar merakam gambarĀ  bersama Attin (tiga kiri) dan rombongannya sebelum majlis bermula.

RANAU: Majlis Ihtifal Ilmi melibatkan  7 buah Sekolah Agama Negeri (SAN) dan 4 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) peringkat daerah ini di SAN pekan Ranau baru-baru ini telah berjalan dengan  lancar dan teratur.

Perasmian majlis secara bersemuka itu, telah disempurnakan Setiausaha Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Attin Bin Naisin yang mewakili Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Attin ketika ditemui,  menyeru para ibu bapa atau penjaga murid-murid yang sedang menunutut di semua SAN dan SAR supaya mengambil peranan dan perhatian serius terhadap pembelajaran anak-anak dalam  aspek agama dan  bidang akademik sebagai panduan kehidupan cemerlang masa depan mereka.

“Mendidik anak-anak dalam aspek agama adalah paling penting sebagai benteng mereka daripada terlibat dalam aktiviti merosakkan masa depan”, jelas Attin sambil mengharapkan kepada SAN dan SAR agar dapat memilih peserta yang terbaik bakal mewakili daerah Ranau  ke  Ihftal Ilmi peringkat negeri Sabah tidak lama lagi.

Sempena majlis itu,  sebanyak 4 acara yang dipertandingkan melibatkan 110 peserta termasuklah,  Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Maharah Al-Kitabah, Wal-Qiraah, Bercerita Sira Nabi dan Khat.

Turut berucap mewakili SAN dan SAR Ranau ialah Guru Besar SAN Pekan Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Ustzah Jumiti Binti Rasim dihadiri rombongan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, bersama ratusan ibu bapa, guru-guru danĀ  pelajar.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN