KKMM beri tumpuan kepada Labuan dalam pembangunan infrastruktur komunikasi jalur lebar
ROZMAN ISLI….
LABUAN: Kementerian Komunikasi Multimedia (KKMM) akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan infrastuktur komunikasi melalui penyediaan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menggunakan pelbagai teknologi untuk membolehkan rakyat Labuan menikmati akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi secara menyeluruh.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata sehingga suku kedua tahun 2020 sebanyak 13,825 premis telah diliputi dengan capaian rangkaian gentian optik.
Manakala kadar liputan jalur lebar mudah alih yang di nikmati oleh rakyat Labuan khususnya di kawasan berpenduduk untuk teknologi 4G berada pada tahap 97.40 peratus.
Jelasnya lagi, sehingga kini terdapat 112 struktur pemancar komunikasi yang telah beroperasi di Labuan.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawap soalan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli yang mahu tahu mengenai pencapaian infrasrtuktur internet di Labuan yang berstatus sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa dan hub logistik minyak dan gas adalah mencukupi.

SAIFUDDIN… Menteri Komunikasi Multimedia
Menurut Saifuddin, kerajaan melalui kementerianya turut berusaha meningkatkan tahap kesalimbungan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar 5G melalui Pelan Digital Negara (JENDELA).
Saifuddin berkata, di bawah Pelan JENDELA, kementeriannya akan menambah sebuah lagi menara komunikasi baharu serta menaiktaraf 32 pemancar komunikasi di menara sedia ada kepada teknologi 4G sekaligus akan meningkatkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi mudah alih kepada 5,281 premis.
“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus bekerjasama dengan pihak industri dan Perbadanan Labuan dalam mengenal pasti keperluan keperluan infrastruktur digital untuk menyokong Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan hub logistik minyak dan gas” katanya.