Robert Tawik terus menjejaki masyarakat yang memerlukan bantuan di Bingkor

Oleh: MA

PRIHATIN...Robert dan rombongan bersembang-sembang dengan nenek Bongking selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik terus menjejaki semua lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek.

Pada hari ini beliau menziarahi warga emas nenek Bongking binti Ampu 74, yang mengalami masalah kesihatan di Kampung Sandapak Bingkor.

Dalam ziarah itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada nenek Bongking yang kini tidak bebas bergerak.

Menurut Robert, beliau akan berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan kepercayaan di kawasan yang diwakilinya.

“Rakyat sudah memberi mandat kepada saya sebagai wakil mereka, maka saya harus mencurahkan khidmat kepada mereka kata Robert selepas menyampaikan kerusi roda itu.

Beliau berkata, semoga dengan sumbangan ini dapat memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan nenek Bongking.

Turur sama dalam ziarah itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Bingkor Junior Fred  dan Kakitangan UPPM Bingkor.