26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

102 pelajar Limbang dan Lawas pulang ke kampung halaman.

PANTAU…. Rithuan (tengah) bersama Khaziyati (kiri) dan Mohd Idris (kanan) ketika memantau pergerakan pulang pelajar di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, pada Isnin.


LABUAN: Seramai 102 orang pelajar terdiri daripada 48 pelajar Sekolah Menengah Sains Labuan, Kolej Matrikulasi Labuan (19), Sekolah Menengah Agama MAIWP (15), Institut Latihan Perindustrian Labuan (10), Kolej Vokasional Labuan (9) dan seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing di Limbang dan Lawas menggunakan dua buah feri Express, pada Isnin.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Ismail berkata, pihaknya telah diminta membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang telah menempah dua buah feri ekpress untuk membawa pelajar berkenaan pulang ke Limbang dan Lawas.


“JPBN Sarawak telah pun menempah dua buah feri express untuk membawa pelajar yang memohon untuk pulang ke kampung halaman masing-masung di Limbang dan Lawas dan pihak JBPD Labuan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) membantu menyelaras perjalanan pelajar dari Kolej Matrikulasi Labuan sehinggalah ke Terminal Penumpang Antarabangsa Labuan feri sebelum mereka menaiki feri” katanya kepada media selepas menyaksikan pergerakan pulang pelajar berkenaan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, pada Isnin.

BERBARIS… sebahagian pelajar berbaris pamjang menunggu giliran sebelum memasuki balai berlepas Terminal Feri Antarabangsa Labuan.


Jelas Rithuan lagi, proses pergerakan pulang pelajar turut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan yang membantu mensanitasi feri express dan bagasi pelajar sebelum pelajar dibenarkan menaiki feri.


Manakala anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membantu bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti amalan penjarakan sosial dan pemakaian topeng mulut dan hidung sentiasa dipatuhi.


Selain itu katanya. sepanjang perjalanan menaiki feri pelajar turut diiringi oleh beberapa Pegawai dari JPBN Sarawak dan juga anggota Anggota Pertahanan Awam (APM).
“Kesemua pelajar berkenaan juga akan menjalani proses ujian saringan dan kuarantin 14 hari setibanya di Limbang sebelum dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing” katanya.


Rithuan yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan turut menjelaskan terdapat 180 lagi pelajar dari Sarawak yang menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) akan di hantar pulang melalui udara membabitkan pelajar yang berasal dari Miri, Sibu, Bintulu dan Kuching yang akan dilaksanakan selewat-lewatnya minggu ini.


“Ketika ini pihak JPBN Sarawak sedang mengurus dan mengatur tarikh untuk mendapatkan tempahan khas pesawat yang akan membawa pelajar berkenaan pulang ke destinasi masing-masing” katanya.


Turut sama, Pengarah MKN Labuan Nurzalizah Kartika Abdullah. Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Khaziyati Osman dan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, Mohd Idris Omar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN