SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang membanjiri Majlis Malam Aprisiasi BAF 2022 di dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Ahad.
LABUAN: Selepas menyepi dua tahun akibat Pendamik COVID 19, kini Program Borneo Arts Festival (BAF) 2022 yang dianjurkan semula berjaya mengegarkan Labuan apabila program tersebut telah menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung.
Program yang berlangsung selama tiga hari telah diserikan lagi kemeriahannya dengan kehadiran Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Beliau yang hadir untuk merasmikan Majlis Malam Aprisiasi Borneo Arts Festival (BAF) 2022 sekaligus melabuhkan tirai penutupan BAF 2022 yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail serta beberapa ketua ketua jabatan kerajaan dari Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jalaluddin ketika berucap pada majlis itu berpuas hati dengan penganjuran yang bukan sahaja berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung tetapi juga secara langsung program itu telah menjana ekonomi setempat terutamanya kepada pengusaha premis makanan, perhotelan dan juga peniaga dan pengusaha produk tempatan.
Dalam waktu yang sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Labuan atas usaha yang bersungguh sungguh dalam menganjurkan BAF 2022.
Sementara itu, BAF 2022 bukan sahaja telah berjaya meningkatkan jumlah pengunjung tetapi juga menampilkan peningkatan jumlah penyertaan berbanding penganjuran BAF sebelumnya terutamanya dalam acara Pertandingan Tarian Kreatif Borneo, Pertandingan Tingkah Geruh (Battle), Pertandingan Fesyen (Busana Kreatif Nasional Kostum Malaysia) dan Ekspresi Seni yang dibawakan oleh Persatuan Seni Visual Labuan (LAVISTA).
Acara lain yang disajikan sepanjang tiga hari BAF berlangsung ialah persembahan Mukun SeBorneo, Borneo Musik Fusion 2022 yang telah menampilkan kumpulan gabungan pemuzik dari Sabah dan Sarawak, persembahan musik daripada Perbadanan Putrajaya serta persembahan tarian daripada kumpulan artis penari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL