Dr.Ismuni Bohari.
LABUAN: Hampir 1,000 pekerja minyak dan gas di Wilayah Persekutuan Labuan termasuk individu yang secara langsung atau tidak langsung dalam Kluster baharu Covid 19 iaitu Kluster Pulau Enoe telah menjalani saringan.
Demikian diberitahu oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, kluster yang terletak di zon perindusterian minyak dan gas di Rancha-Rancha itu kini telah dikawal dengan baik dan dijangka akan stabil dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi.
“Sehingga kini, kluster ini mempunyai 17 kes dan telah mula menunjukan penurunan dan kami berharap lengkungg jangkitan covid 19 akan mendatar dalam beberapa hari akan datang” katanya.
Jelasnya, Labuan yang bakal diisytihar zon hijau selepas penurunan ketara kes positif sejak bulan Febuari lalu telah diisytiharkan semula sebagai zon merah pada 31 Mac lalu berikutan peningkatan kes sejak beberapa hari lalu dengan jumlah keseluruhan 53 kes aktif setakat Jumaat.
Beliau turut mendedahkan kawasan Subzon 4 telah merekodkan kes paling tinggi iaitu sebanyak 20 kes diikuti subzon 1 (19 kes) subzon 2 dan 3 masing-masing masing (6 kes) dan subzon 5 mencatatkan (2 kes).
Sementara itu katanya, subzon 4 merekodkan keboleh jangkitan Covid 19 harian tertinggi sambil menasihatkan penduduk di kawasan itu perlu mengawal pergerakan dan meneruskan SOP dalam aktiviti harian mereka.
“Jumlah kes Covid 19 telah melepasi 40 kes dalam tempoh 14 hari dan pengisytiharan semula zon merah itu selepas kemunculan Kluster Pulau Enoe pada 31 Mac lalu” katanya.
Dr Ismuni berkata, Kluster Jalan Kemajuan dengan 20 kes setakat ini yang melibatkan pekerja restoran dan kru kapal telah menjangkiti generasi ketiga dan sedang dipantau rapi.
Beliau juga turut mendedahkan 10 jangkitan tempatan baharu dicatat pada Jumaat terdiri daripada sukan petanque (empat kes), majlis tahlil (lima kes) dan satu kes dari taman asuhan kanak-kanak (taska).
Labuan masih dikaitkan dengan dua kluster aktif iaitu Kluster Jalan Kemajuan dan dan Pulau Enoe mempunyai kadar 2,351 kes covid 19 bagi setiap 100,000 penduduk setakat Sabtu, tertinggi berbanding dengan negeri lain.
TAMAT
GAMBAR: Dr.Ismuni Bohari.