28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

1,000 kilogram ikan akan disumbangkan kepada penduduk kampung di DUN Kundasang

Dr. Joachim (tiga, kiri) bersama Fadzil Anthony (tiga, kanan) mewakili Alkarim Mussapa merakamkan gambar kenangan, di Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jochim Gunsalam, mengalu-alukan serta menghargai sumbangan bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pemilik kapal pukat, Alkarim Mussapa atas sumbangan ikan untuk diberikan kepada penduduk kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang terjejas dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” kata Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Sebanyak 1,000 kilogram ikan akan diagihkan kepada penduduk kampung yang berada di kawasan dalam DUN tersebut. Pengagihan akan dikendalikan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasng.

Baru-baru ini, pada 6 Jun, agihan bantuan diberikan kepada seramai 500 ketua isi rumah (KIR) dari lapan kampung yang telah menerima bantuan berupa sayur-sayuran menggunakan khas peruntukan daripada Dr. Joachim kepada Pemuda PBS dan juga sumbangan daripada pembekal sayur dari Kundasang, Yamming Taralia.

Sumbangan ikan berkenaan akan dihantar ke kampung -kampung manakala kos penghantaran ikan dibiayai oleh Dr. Joachim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN