Ahli Ahli Kelab Malaysiaku bersama Yahya (duduk tengah) dan Azman (duduk dari Kiri).
LABUAN: Sebanyak 10 buah Kelab Malaysiaku sertai Majlis Pelancaran Program Jiwa Madani@Kelab Malaysiaku peringkat Labuan yang diadakan di SM Sains, di sini, baru baru ini.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Wilayah Persekutuan Labuan, antara lain bertujuan meningkatkan kefahaman akan hasrat kerajaan dalam pembetukan sahsiah dan akhlak di kalangan pelajar.
Majlis pelancaran program itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Puteh.
Terdahulu ketika berucap, beliau (Yahya) menyeru semua pelajar untuk terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang boleh menaikkan semangat cintakan Negara agar Malaysia dapat melahirkan pemimpin yang berwawasan dan berintegriti.
Antara pengisian program termasuklah taklimat Sistem Beraja dan Ceramah Jiwa merdeka dan Kuiz Kenegaraan.
10 buah Kelab Malaysiaku yang melibatkan sekolah menengah itu ialah SMK Labuan, SM St. Anthony, SM St. Anne, SMK Pantai, SMK Lajau, SMK Taman Perumahan Bedaun l, SMK Rancha- Rancha, SM Sains dan Kolej Vokasional Labuan (KVL).
Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan.



