INGAT lagi dengan Filem Titanic yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet? Mesti ramai yang ingat bukan? Tapi tahukah anda, pada hari ini 1 September merupakan tarikh keramat bagi kapal Titanic tersebut.
Ia dipercayai dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Woff. Titanic merupakan kapal wap penumpang yang terbesar didunia pada waktu itu semasa pelancarannya.
Turut difahamkan, semasa kapal ini melakukan pelayaran pertamanya, ia telah berlanggar dengan sebuah aisberg pada jam 11.40 malam Sabtu dan pagi Ahad 14 April 1912, kemudian tenggelam sepenuhnya dalam tempoh 2 jam 40 minit iaitu pada jam 2.20 pagi Isnin.
Insiden tersebut telah mengakibatkan lebih 1500 orang penumpang dan ia menjadikannya sebagai bencana laut yang paling teruk tetapi paling termasyhur sehingga hari ini.
Kejadian tersebut sangat mengejutkan ramai pihak kerana difahamkan segala kelengkapan dan teknologi yang digunakan adalah yang paling termaju serta anak-anak kapal juga mempunyai pengalaman yang tinggi. Ia seolah-olah dianggap sebagai kapal yang “tidak akan tenggelam” pada zaman tersebut.
Akan tetapi, selepas 73 tahun tenggelam, pada 1 September 1985, satu ekspedisi Amerika – Perancis berjaya menemui bangkai kapal Titanic. Ia dikatakan ditemui sekitar 612 kilometer dari Newfoundland di Samudera Atlantik Utara dengan kedalaman 13,000 kaki atau sekitar 396 kilometer dibawah permukaan laut.
Seorang ahli oseanografi yang juga bekas tentera Amerika Syarikat (AS) iaitu Robert d Ballard bersama pasukan penyelidik Perancis iaitu Jean Louis Michel telah memimpin ekspedisi tersebut.
Ballard juga pernah melakukan ekspedisi pertamanya pada 1977, namun usahanya pada ketika itu gagal.
Walaubagaimanapun, pada 1985 sekali lagi Tentera Laut AS dikatakan bersetuju menaja Ballard dan pasukannya apabila melihat kebolehan serta kemampuannya dengan syarat dia haruslah menyelesaikan misi penting iaitu pencarian 2 kapal selam yang hilang pada dekad 60-an di sekitar lokasi yang sama yang perlu dirahsiakan oleh Soviet.
Menggunakan kapal selam yang dibina olehnya sendiri yang bernama Argo, beliau memulakan pencarian bangkai kapal tersebut selepas berjaya menemui kapal selam yang hilang. Kapal selam Argo dikatakan mempunyai teknologi dimana ia boleh menyelam tanpa pemandu dan boleh mengambil gambar dengan kaedah pengiriman gambar ke kapal yang mereka naiki iaitu Knorr untuk penelitian.
Dikhabarkan juga, Ballard hanya mempunyai 12 hari sahaja untuk menyelesaikan misi pencarian bangkai Titanic tersebut. Berpandukan klu-klu daripada penemuan 2 kapal selam tersebut, maka Ballard memulakan pencariannya pada 22 Ogos 1985 dengan melancarkan kapal selam tanpa pemandu Iaitu Argo.
Menurut laporan, pada 1 September 1985, waktu pagi, kapal Argo tersebut berada dalam keadaan sedang menyelidik keberadaan serpihan-serpihan di dasar laut dan secara tidak sengaja telah merakam penampakan boiler kapal Titanic. Penemuannya itu, membawa kepada harapan yang baru kepada Ballard dan pasukannya.
Keesokannya, bangkai kapal Titanic berjaya ditemukan di kedalaman 4000 meter di dasar laut dalam keadaan terbelah dua tetapi ruang bahagian dalamnya serta ciri-ciri kapal tersebut masih berada dalam keadaan yang baik. Walaubagaimanapun, terdapat juga beribu serpihan kapal tersebut yang berselerakan sekitar 2 hingga 3 kilometer disekitarnya.
Bangkai kapal itu kemudian di eksplorasi oleh pasukan Ballard dan akhirnya mereka dapat menjelaskan secara detail tragedi yang berlaku pada 1912.
Sumber: Maharaja Lawak Menteri
https://akupapankekunci.com/2021/09/01/1-september-kapal-titanic-berjaya-ditemui-selepas-73-tahun/