ADVERTISEMENTspot_img

𝐋𝐞𝐞 𝐊𝐚 𝐓𝐮𝐧𝐠, 𝐋𝐞𝐞 𝐒𝐞𝐨𝐧 𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐢 𝐌𝐞𝐧 𝟑𝟐𝐭𝐡 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐚𝐝𝐢𝐞𝐬 𝟐𝟓𝐭𝐡 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐭𝐞𝐮𝐫 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

Lee Ka Tung dan Lee Seon yang dinobat juara kategori Lelaki dan Wanita bersama Golf Kapten LGC, Lim Foo Ann ( kanan sekali)

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍:𝐏𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐢𝐛𝐮 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐥𝐮𝐛 (𝐒𝐆𝐂), 𝐋𝐞𝐞 𝐊𝐚 𝐓𝐮𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐀𝐦𝐚𝐭𝐞𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐤𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐆𝐫𝐨𝐬𝐬 𝐞𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐤𝐞 𝟑𝟐 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐥𝐮𝐛 (𝐋𝐆𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐀𝐡𝐚𝐝 𝐥𝐚𝐥𝐮.

Manakala pemain dari Korea Selatan, Lee Seon dinobat juara bagi kategori Gross Wanita Edisi ke 25 kejohanan itu selepas mencatatkan 230 pukulan.

Kejohanan yang berlangsung dua hari itu menyaksikan Lee Ka Tung terus konsisten untuk menjuarai kejohanan dengan mencatatkan 220 pukulan untuk menerima hadiah berupa piala dan wang tunai.

Tiga hari sebelum itu, Lee Ka Tung juga menjuarai Labuan Senior Open Amateur Golf Championship yang berlangsung di padang yang sama (LGC).

Naib juara bagi kategori lelaki Gross dimenangi oleh Anson Yeo dari Samarahan Golf Club Sarawak yang mencatatkan 221 pukulan.

Sementara itu, juara Kategori Gross Lelaki Edisi 2024/2025, Mohd Rafiq sekadar ditempat ketiga.

Juara kategori Nett Lelaki dimenangi oleh Mohd Saffwan Nair dari Kinabalu Golf Club (KGC) dengan catatan 136 pukulan (hari kedua).

Bagi juara kategori Nett Wanita di menangi oleh Dynneva Joyce Doni dari KGC dengan catatan 143 pukulan (hari kedua).

Dalam pada itu, Muhammad Harrith dari SGCC membawa pulang sebuah motosikal selepas membuat pukulan eagle di lubang no 5.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Labuan Golf Club (LGC) telah disertai seramai 118 peserta dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, Korea Selatan, India dan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN