ADVERTISEMENTspot_img

𝐉𝐀𝐖𝐈 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐮𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐔𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧

Mohd Suhaimi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta usai berkhatan sambil diperhatikan Mohd Ali dan Sahari .

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 (𝐉𝐀𝐖𝐈) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐞𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 (𝐔𝐒𝐈𝐀) 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Muhamad Suhaimi Mohd. Yusof, berkata usaha itu boleh direalisasikan melalui hubungan kerjasama dalam melaksanakan pelbagai program yang dirancang.

“Kita sedia untuk memberikan bantuan dari segi pelaksanaan program kerjasama dan usaha sebegin mampu mengeratkan ukhwah antara USIA dan JAWI” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Peserta Berkatan Beramai Ramai anjuran USIA Bahagian Labuan yang diadakan di sini pad Ahad.

Beliau juga menyeru para imam Masjid dan Surau serta guru KAFA yang dibawah selia JAWI untuk menjadi ahli USIA.

Seramai 60 kanak kanak yang usai berkhatan diraikan dalam majlis kesyukuran doa selamat, marhaban dan tazkirah yang disampaikan oleh Imam Masjid Tanjung Aru, Ustaz Shahirul Abdullah.

Hadir sama Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali Aliman Asmaran Datuk Seri Panglima Omar Bledram dan Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN