ADVERTISEMENTspot_img

𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐂𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐬𝐧𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐲𝐚𝐦𝐮𝐤 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐬

Peserta Gotong Royong Perdana Cari dan Musnah Pembiakan Nyamuk Aedes di Tanjung Aru Nelayan pafa Sabtu

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐒𝐮𝐬𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐛𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐫𝐮 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐠𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚, 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 (𝐉𝐏𝐊𝐊) 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐫𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐂𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐬𝐧𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐬 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐥𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐛𝐢𝐭, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐡𝐚𝐝 𝐥𝐚𝐥𝐮.

Turut terlibat sama dalam gotong royong itu, Perbadanan Labuan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Sukarelawan COMBI, PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam serta penduduk kampung.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simdudin Sidek sebgai tanda sokongan terhadap usaha membendung penularan penyakit denggi di kawasan tersebut.

Simsudin ketika ditemui menyeru agar warga Labuan sentisa menjaga kebersihan sekitar kediaman dengan menghapuskan sebarangan takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Program yang melibatkan hampir 200 peserta itu bukan sahaja sekadar mewujudkan persekitaran yang bersih selesa dan kondusif tetapi juga mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kampung.

Untuk rekod Kampung Tanjung Aru Nelayan awal tahun ini mencatatkan dua kes demam denggi yang mengakibatkan satu kes kematian pada minggu lalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN