ADVERTISEMENTspot_img

𝐂𝐨𝐫𝐞𝐱, 𝐏𝐨𝐥𝐨𝐛𝐢𝐚 𝐣𝐮𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟔

Corex menerima hadiah daripada Sukuran

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐂𝐨𝐫𝐞𝐱 𝐑𝐨𝐦𝐞𝐱 𝐉𝐨𝐥𝐢𝐧 𝐦𝐮𝐧𝐜𝐮𝐥 𝐣𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐍𝐞𝐭𝐭 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧 (𝐨𝐯𝐞𝐫𝐥𝐥 𝐍𝐞𝐭𝐭) 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐥𝐮𝐛 (𝐋𝐈𝐆𝐂) 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐡𝐚𝐝.

Corex yang mencatatkan 65 pukulan membawa pulang sebuah piala rebutan dan piala iringan serta hadiah sampingan berupa baucar.

Manakala Polobia Boleh @ Petronella Bulli menjuarai kategori Nett Wanita selepas mencatatkan 70 pukulan.

Sementara itu, naib johan bagi kategori lelaki Nett Keseluruhan di menangi oleh Mazeran Mohamad Zen (66 pukulan), tempat ketiga Syah Rizal Basri (67) dan tempat keempat dimenangi Saiful Mukharron Mohd. Tarir dengan catatan 68 pukulan

Bagi kategori Nett Wanita, naib johan dimenangi Lee Suk Len (76) fan tempat ketiga dan keempat masing masing dimenangi Agness Chiew (81) dan Sarah Paulina (82).

Wahroni Hj Nor yang mencatatkan 69 pukulan dinobatkan juara Nett kategori jemputan, naib juara Mazalan Hashin (72), tempat ketiga Mohd Ebno Suhaii (73) dan tempat keempat dimenangi Helmi Bali (74).

Majlis penyampian hadiah disempurnakan oeh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd Taib.

Seramai 107 peserta menyertai kejohanan tahunan itu melibatkan penyertaan pemain amatur dari Sabah Sarawak, Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN