ADVERTISEMENTspot_img

𝐁𝐞𝐤𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟏𝟎, 𝟎𝟎𝟎.

Gambar hiasan

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐚𝐰𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐝𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟏𝟎, 𝟎𝟎𝟎, 𝐞𝐧𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐥𝐚𝐥𝐮.

Tertuduh, 56, didakwa menerima suapan itu berhubung dengan kerja kerja penyelengaraan kuaters jabatan itu pada tahun 2020.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elsie Primus disini, pada Khamis.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu merupakan seorang penjawat awam sebagai Pengarah didakwa menerima suapan berbentuk wang tunai berjumlah RM10,000 daripada sebuah syarikat sekitar Mei 2020.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan deposit RM10,000 serta seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh turut diarahkan melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat setiap dua bulan sekali dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Mac depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Joe Randy Juster manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN