25.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mei 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗗𝗡 𝗜𝗜 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗞𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨

TAKLIMAT….Jonathan (kiri) ketika sesi taklimat- Foto oleh: RaiSha (KDN)

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri, Kementerian Dalam Negeri II, Jonathan Yasin mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kompleks Penjara, Kota Kinabalu Sabah, baru-baru ini.

Beliau dan delegasi diberikan taklimat mengenai pengoperasian dan cabaran Institusi Penjara khasnya di Negeri Sabah setibanya di kompleks.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau turut diberikan taklimat mengenai Program Pemulihan Dalam Komuniti Penjara Malaysia.

Beliau kemudiannya dibawa melihat aktiviti-aktiviti yang dijalani oleh banduan melalui Program Pembangunan Insan (PPI) di Penjara Pusat Kota Kinabalu Sabah.

Lawatan disertai SUB Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, Datuk Musa bin Sulaiman dan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak. –

Sumber: FB KDN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN