28 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 4, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜๐—น๐—ฒ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜: ๐—ฅ๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜

Robert diperkenalkan kepada semua kontinjen.

KENINGAU: Pelbagai program dan penganjuran kejohanan sukan mampu mencukil dan melahirkan atlet yang berbakat yang mampu bersaing diperingkat tertinggi.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, misalnya dalam arena Olahraga, Daerah Keningau tidak pernah sepi dari melahirkan atlet-atlet berpotensi tinggi.

“Pada kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) tahun lepas, saya dikhabarkan bahawa kontinjen MSS Negeri Sabah telah mencipta kejutan apabila muncul juara keseluruhan menewaskan negeri-negeri yang lain.

“Atlet dari Daerah Keningau tidak kurang hebatnya kerana telah berjaya membantu kejayaan kontinjen negeri Sabah untuk menyumbangkan pingat dalam temasya tersebut.

“Oleh itu, usaha yang berterusan dalam mengilap bakat-bakat baru pasti akan memberikan hasil yang membanggakan,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bingkor berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga MSSZ Bingkor Kali Ke-55 2023/2024 di Kompleks Sukan Keningau pada pagi ini.

Beliau turut menyeru agar pelajar-pelajar dapat berusaha lebih gigih dan meletakkan diri pada kelompok generasi yang berwibawa dan seterusnya menghindari daripada terjebak dengan perkara yang kurang berfaedah.

Hadir sama pada majlis ini Guru Besar SK Bingkor merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan ini, Madalina Juanis dan Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Zon Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN