ADVERTISEMENTspot_img

𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐮𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠

Mohd Rafi menyerahkan cek replika Bantuan Kenduri kepada Ketua Sekretariat Biro Agama,Haji Yahya Bakri sambil disaksikan kepimpinan UMNO Bahagian Labuan.

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐦𝐮𝐬𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧, 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐮𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐚𝐛𝐚𝐧.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, program Kenduri Sekampung yang mendapat daripada kepimpinan UMNO Bahagian dan juga di peringkat
Cawangzn bertujuan untuk membantu meringankan beban penduduk kampung yang berhasrat melaksanakan kenduri arwsh yang bepusat di Masjid mahupun Surau.

Melalui program ini juga mampu merapatkan lagi hubungan ukhwah antara ahli jawatankuasa kuasa Masjid dengan penduduk kampung.

“UMNO Bahagian Labuan akan membetikan bantuan bentuk daging
ayam dan daging lembu dimana setiap kampung akan menerima 30 kilogram daging lembu dan 20 kilogram daging ayam yang akan diselaraskan oleh Ketua Sekretariat Biro Agama dengan kerjasama kepimpinan UMNO diperingkat cawangan.

“Secara keseluruhan program kenduri sekampung ini menyediakan bajet sebanyak RM30, 000 dan program ini juga merupakan salah satu ibadah yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Labuan”, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan UMNO Bahagian Labuan di sini, pada Sabtu.

Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia berkata, beliau telah pun mengarahkan Ketua Sekretariat Biro Agama supaya pembelian daging ayam dan daging lembu dikongsikan kepada semua peniaga daging ayam dan lembu yang berniaga di pasar Sentral Labuan.

“Semoga usaha yang dilaksanakan ini akan mendapat berkat dari Allah SWT dan program ini kita jadikan satu ibadah”,katanya,

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN