25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 KDW LAWAT MRSM RANAU

Hajah Rubiah (kiri sekali) dan Datuk Jonathan ( depan tengah ) bersama yang lain.

RANAU: Timbalan Menteri KKDW, Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, memulakan sesi lawatan kerja sehari ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ranau.

Sejurus sampai beliau telah diberikan taklimat khas mengenai pembangunan MRSM Ranau oleh Pengetua MRSM Ranau, Ismail Bin Badri. Menurut beliau, MRSM Ranau ini merupakan MRSM kelima di Sabah dan yang ke-57 di seluruh Malaysia serta merupakan MRSM tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 721 meter dari paras laut.

Hajah Rubiah telah diberitahu pembangunan MRSM Ranau ini adalah hasil kerjasama tiga pihak iaitu Petronas, MARA dan Kerajaan Negeri Sabah. MRSM Ranau siap dibina pada Ogos 2023 dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan infra untuk para pelajar.

Seterusnya beliau dibawa untuk meninjau sekitar MRSM Ranau termasuk ke kelas-kelas yang digunakan oleh para pelajar dan guru.

Sempena lawatan itu Hajah Rubiah berkesempatan beramah-mesra bersama pelajar-pelajar sewaktu makan tengahari dan sempat bertanyakan pengalaman para pelajar menuntut ilmu di MRSM Ranau.

Sebelum ke lokasi seterusnya, beliau telah menyalurkan sumbangan peruntukan berjumlah RM20,000.00 kepada PIBG serta pentadbiran MRSM Ranau untuk memperhebatkan lagi sistem pendidikan dan untuk dimanfaatkan dalam penyediaan peralatan pembelajaran yang mencukupi dan pelbagai inisiatif lain.

Turut hadir sempena lawatan itu ialah Ahli Parlimen P179, YB Datuk Jonathan Yasin, Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantaun KKDW, YBhg. Datuk Afandi Bin Nordin, Pengarah MARA Negeri Sabah, Dr. Shahrizin Bin Haji Abdul Sarhadat, Pengarah PKN Negeri Sabah KKDW, Mohd Hamdani Bin Sahari serta pengurusan MARA.

      
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN