Juara Gross, Lee Ka Tung (empat dari kiri) dan juara Nett, Ordine (dua dari kanan) bersama Althur (tiga kiri) dan Lim (dua dari kiri)
𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧 𝐯𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐢𝐛𝐮 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐥𝐮𝐛 (𝐒𝐆𝐂), 𝐋𝐞𝐞 𝐊𝐚 𝐓𝐮𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐜𝐮𝐥 𝐣𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐀𝐦𝐚𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐨𝐧𝐬𝐡𝐢𝐩 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐤𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐆𝐫𝐨𝐬𝐬 𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐥𝐮𝐛 (𝐋𝐆𝐂).
Kejohanan yang berlangsung dua hari yang berakhir pada Ahad itu menyaksikan Lee Ka Tung mencatat 151 pukulan untuk dinobat juara kategori Gross sekaligus membawa pulang sebuah tropi, piala rebutan dan wang tunai.
Di tempat kedua dimenangi Johari Ahmad dari Pantai Mentiri Golf Club (PMGC) Brunei Darussalam selepas mencatatkan 166 pukulan diikuti tempat ketiga Benedik Bakri Awang dari Labuan International Golf Club (LIGC) dengan catatan pukulan 167 dan tempat keempat Md. Khir Abd. Jamak dari Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU) dengan catatan 168 pukulan.
Bagi kategori nett, juara dimenangi oleh Ordine Gilu dari Tambunan Golf Club (TNGC) selepas mencatatkan 133 pukulan diikuti Hasidi Suning dari Mount Kinabalu Golf Club (MKGC) catatan 138 pukulan, tempat ketiga Haji Razak dari Labuan Golf Club (139) dan keempat dimenangi Freddie Chong dari Kinabalu Golf Club (KGC) 140 pukulan.
Majlis penyampaian hadian masing masing disampaikan LGC Golf Captain, Lim Foo Ann dan Presiden LGC, Althur Kong.
Seramai 128 pemain amatur dari Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan Labuan menyertai kejohanan tersebut.



