Kipli (lima dari kiri) bersama kariah Tanjung Aru ysng hadir pada Program Gotong Royong Perdana Masjid Sirajul Islam Tanjung Aru.
𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍:𝐊𝐢𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐫𝐚 𝟏𝟎𝟎 𝐤𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐫𝐮 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐫𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐒𝐢𝐫𝐚𝐣𝐮𝐥 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 (𝐌𝐒𝐈) 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧.
Gotong royong yang dianjurkan oleh Jawatankuasa MSI merupakan aktiviti tahunan yang diadakan setiap kali menjelang bulan Ramadan.
Pengerusi MSI, Kipli Anak berkata program itu sebagai persiapan menjelang kedatangan bulan Ramadan yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
“Gotong seumpama ini adalah program tahunan Ahli jawatankuasa MSI untuk sama sama bergotong royong membersihkan kawasan masjid agar perkarangan masjid sentiasa bersih, selesa semasa melalsanakan aktiviti sepanjang Ramadan”, katanya selepas mengetuai program tersebut.
Menurut beliau gotong royong itu telah dibahagikan kepada dua bahagian, kaum lelaki ditugaskan untuk membersihkan kawasan luar masjid, manakala kaum hawa membersihkan kawasan dalaman masjid.
Kipli berkata, Program Gotong Royong Perdana yang mendapat sambutan dikalangan anak muda bukan sahaja bertujuan membersihkan fizikal masjid, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan Umat Islam Tanjung Aru dan sekitarnya.



