ADVERTISEMENTspot_img

𝗞𝗕𝗦 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗮𝗸𝗮𝗿 𝘂𝗺𝗯𝗶-𝗠𝗼𝗿𝗱𝗶

Mordi (lima dari kanan) bersama penerima Anugerah Belia Perdana kategori individu.

LABUAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan pelbagai program sebagai salah satu inisiatif merapatkan jurang pembangunan belia luar bandar selaras dengan pembangunan nasional.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, pelbagai inisiatif dan program telah disediakan dan dilaksanakan bagi meningkatkan pembangunan belia luar bandar melalui program jelajah Rakan Muda dan sebagainya.

“KBS akan terus mempergiat untuk mendekati golongan belia di luar bandar secara holistik menerusi pelbagai aktiviti termasuk program jelajah rakan muda, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Belia Perdana 2026 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Ujana Kewangan, pada Sabtu.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu Mordi berkata, Labuan mempunyai potensi besar dalam melahirkan generasi belia berkualiti.

Justeru itu, beliau menyeru golongan belia di pulau ini
memanfaatkan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki Labuan sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Katanya kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif, insentif dan peruntukan melalui Belanjawan 2026 untuk memperkasa anak muda dalam aspek latihan, keusahawanan, perlindungan sosial, pendidikan, peluang pekerjaan serta pembangunan

Tambahnya, Program Sambutan Hari Belia Negara yang diadakan setiap tahun merupakan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan belia dan pemerkasaan komuniti.

” Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 yang bertemakan Hari Belia “Menggerak Belia MADANI” membawa makna bahawa belia bukan lagi kelompok yang menunggu arahan, tetapi penaraju utama dalam membina masa depan negara”, katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr. Zainah Shariff, Pengarah JBS Labuan, Mahanum Fauzi dan Presiden MBL, Nazera Roslan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN