ADVERTISEMENTspot_img

AJP PERSATUAN MASYARAKAT BRUNEI SABAH SESI 2026-2028 GANDINGAN MUKA BAHARU DAN LAMA

(Dari kiri) NORLIHAN…AJP Muka baharu, PG JUNAIDI…Pertama kali terpilih dan PROF DR RASID (kanan).. juga menang pemilihan.

KOTA KINABALU: Mesyuarat Pemilihan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) di Dewan Saadah Wisma Muis menyaksikan gandingan muka baharu dan lama.

Tiga muka baharu yang terpilih iaitu seorang calon wanita iaitu Ketua Cawangan PMBS Kota Marudu Norlihan Mohd Azman yang memperolehi 69 undi, Ketua Cawangan PMBS Sipitang, Pengiran Junaidi Pengiran Hj Tinggal memperolihi 61 undi dan ahli PMBS Cawangan Warisan Kota Kinabalu, Profesor Dr Haji Rasid Mail yang mendapat 58 undi.

Enam muka lama yang kekal ialah Ahmad Mohd Yaakub Ketua Cawangan PMBS Beaufort yang memperolehi undi terbanyak 86, Ak. Alliyuddin Pg Ahmad Tajuddin @ Pg Alliyuddin ( KC PMBS Tg Aru ) mendapat 84 undi,
Haji Liman Bin Yusof (bekas KC PMBS Weston) mendapat 83 undi dan Ketua Cawangan PMBS Puatan,Hajah Dr. Dg Hajijah Binti Awg Ali yang mendapat 78 undi.

Yang lain bekas Ketua Cawangan Pekan Bongawan Hj Ag Faizal Bin Datuk Hj Ag Sahak yang memperolehi 68 undi, Ketua Cawangan Benoni, Hj Abdul Wahab Bin Haji Ampuan Hamzah 61 undi dan
Ketua Cawangan Warisan KK, Datuk Dr. Hj. Ag Saat Bin Hj. Ag Damit mendapat 58 undi.

Keputusan pemilihan diumumkan oleh Pengerusi Sementara yang juga Naib Presiden 2, Datuk Haji Ahmad Shah Talib.

Sebanyak 32 cawangan menghantar tiga perwakilan setiap cawangan dan 20 AJP layak mengundi. Terdapat 11 undi rosak semasa pemilihan itu. Seramai 20 calon bersaing merebut 9 jawatan AJP. Oleh kerana terdapat undi yang sama untuk kerusi ke-9 maka Presiden memutuskan calon pemenang ke-10 juga dipilih sebagai AJP.

Sebelum ini jawatan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Arif.

Turut menang tanpa bertanding Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis, Datuk Hj Pengiran Saifuddin Hj Pg Tahir dan Naib Presiden 1, Hj Pg Japar Hj Pg Osman.

Dua lagi jawatan Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan Timbalan Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan 5 AJP akan dilantik oleh Presiden.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN