ADVERTISEMENTspot_img

𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐒𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐣𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥-𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐍𝐢𝐳𝐚𝐦

Gambar ikhsan MAIWP : Mohd Nizam (dua dari kiri) ketika meninjau projek SMA MAIWP di Sungai Bedaun.

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍:𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 (𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏), 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐍𝐢𝐳𝐚𝐦 𝐘𝐚𝐡𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 (𝐒𝐌𝐀) 𝐌𝐀𝐈𝐖𝐏 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐣𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧.

Ketika ini katanya, kemajuan projek itu telah mencapai 59.8 peratus dengan perbezaan varian -7. 15 peratus berbanding jadual kemajuan yang ditetapkan.

Jesteru itu beliau mahu perbezaan varian kemajuan projek itu dapat ditangani dan ditampung semula supaya pelaksanaan projek tersebut kembali mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Gesaan itu di tekankan semasa beliau mengadakan tinjuan ke projek berkenaan pada Isnin.

Sementara itu, beliau dimaklumkan kelewatan projek tersebut berpunca daripada pembekal bekalan bahan binaan lewat diterima oleh kontraktor disamping keadaan cuaca yang tidak menentu selain masalah pekerja binaan.

Walaupun mendapat sedikit kelewatan, namun MAIWP komited projek yang bernilai RM 53.86 juta itu mampu disiapkan sepenuhnya menjelang Ogos tahun ini.

Untuk rekod Projek SMA MAIWP yang terletak di Kampung Sungai Bedaun merupakan SMA MAIWP pertama di Labuan yang mampu menampung 600 pelajar dengan kemudahan lengkap merangkumi blok pentadbiran dan akademik tiga tingkat, asrama empat tingkat beserta dewan makan, kuarters guru dan kakitangan dilengkapi surau, kantin, dewan serbaguna dan rumah pengetua.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN