30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ZON TIMUR SASAR EMAS KUARTET KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KALI KE-49

Jaipin.. yakin mampu kutip emas

RANAU: Timbalan Ketua Kontinjen Zon Timur merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nalapak, Jaipin Kimburon mensasarkan 4 pingat emas kategori lelaki dan perempuan bawah 12 pada Kejohanan Olahraga Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Kali Ke 49 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Tambunan Isnin depan.

Bercakap pada sesi latihan pusat di padang Sekolah Kebangsaan Nalapak Rabu lalu, Jaipin berkata kuartet 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter biasanya adalah acara popular yang menarik untuk disaksikan kerana ia akan menentukan pasukan mana yang paling handal dalam teknik bertukar baton. Kali terakhir acara ini disaksikan di peringkat MSSD ialah pada tahun 2020 di Kompleks Sukan Ranau. Pada tahun lepas Kejohanan MSSD tidak dapat diadakan secara terbuka disebabkan pandemik.

“Acara ini akan lebih menarik jika kepantasan seimbang di kalangan pasukan yang bertanding di mana kita akan menyaksikan jaguh kuartet akan ditentukan oleh teknik dan kelancaran pertukaran baton. Saya yakin kejohanan olahraga yang berlangsung secara terbuka pada tahun ini akan mengembalikan semula keseronokkan semua peserta yang bertanding. Bagi Kontinjen Zon Timur, berdasarkan persembahan para atlet kuartet pada sesi latihan hari ini saya yakin pasukan Zon Timur mampu membawa pulang 4 emas” katanya.

Kuartet 4X100 meter Zon Timur (perempuan) melatih keserasian

Katanya lagi, pada tahun ini kejohanan MSSD Ranau akan berlangsung di Kompleks Sukan Tambunan kerana Kompleks Sukan Ranau masih dalam penyelanggaraan. Beliau berharap track tersebut dapat disiapkan segera oleh pihak pengurusan sebelum tahun depan untuk kegunaan awam, MSSDR, zon dan sekolah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN