33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

YB BALUNG HILANG DARI RADAR RAKYAT

Ghazalie

https://www.chanteekborneo.shop/

TAWAU:  UMNO Bahagian Tawau mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Haji Osman Haji Jamal telah hilang dari radar rakyat.

Ketuanya, Ghazalie Ansing berkata, Osman kini dicari oleh rakyat kerana beliau membiarkan rakyat Balung “terkontang kanting”.

“UMNO Tawau kini mencari orang yang hilang iaitu ADUN Balung. Wakil Rakyat ini telah hilang dari radar rakyat.

“UMNO Tawau melihat politik ADUN Balung semakin bercelaru dan tidak tentu arah terutamanya isu jambatan Ranggu yang semakin panas pada ketika ini. 

“Tindakan ADUN Balung yang telah meminta jambatan itu dirobohkan pada tahun lepas telah mengundang malapetaka kepada penduduk Balung khasnya penduduk kawasan Ranggu”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ghazalie berkata, “inilah natijah bila orang luar diangkat menjadi Yang Berhormat (ADUN) dan tidak berpendirian bagi menjaga kawasan yang beliau sendiri tidak tahu selok belok dan keadaan/kondisi rakyat Balung”.

Beliau mendakwa, ADUN Balung juga gagal menjiwai denyut nadi rakyat dan semua tindakan yang dilakukannya dilihat hanyalah tindakan syok sendiri. 

Katanya, UMNO Tawau menyambut baik tindakan  Ketua Menteri Sabah melalui Kementerian Kewangan Sabah mempercepatkan pembinaan semula jambatan ini.

“Selaku anak jati Balung, saya mendesak agar YB Balung melepaskan jawatan dan memberikan mandat kepada rakyat bagi memilih siapa yang berhak untuk berkhidmat untuk rakyat Balung”, tegasnya. – BORNEO DAILY BULLETIN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN