25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Yakub Khan lawat Tenom, sampaikan sumbangan kepada mangsa banjir

GAMBAR – Yakub tiga dari kiri menyampaikan sumbangan kepada PKOB Daerah yang diterima oleh Sungkim.

Oleh:Marutin Ansiung

TENOM: Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Datuk Haji Yakub Khan yang juga Sabah Timbalan Ketua Umno Sabah mengadakan lawatan di daerah ini hari hari ini.

Sempena lawatan itu Yakub yang diiringi oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin yang juga Setiausaha Umno Sabah menghulurkan sumbangan kepada Tabung Bencana Alam daerah Tenom berupa kewangan dan 600 pek air minuman untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir di daerah ini.

Yakub dan rombongan disambut oleh ADUN Dilantik Datuk Raime Unggi dan Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangun selaku Pengerusi PKOB Daerah.

Yakub (tengah) bersama Raime (kiri)dan rombongan semasa meninjau beberapa buah kampung yang dilanda banjir.

Turut serta dalam rombongan itu, Musliati Mumin mewakili Ketua Wanita Umno Sabah dan Ketua Pemuda Sabah  Ir. Azizi Zulkarnain.

Selepas menyampaikan sumbangan di perkarangan Pejabat Daerah Tenom, Yakub bersama rombongan melawat dan meninjau beberapa buah kampung dan mangsa banjir di beberpa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN