27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wujudkan panorama yang kondusif di setiap sekolah: Amisah Yassin

TERIMA KASIH…Datuk Amisah (kiri) menerima cenderamata berupa  anak pokok ‘Sacha Inchi’ diampaikan Ridiah.

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (dilantik) Datuk Amisah Yassin menyarankan kepada semua sekolah di daerah ini, supaya mendidik murid- murid membudayakan bukan sahaja kebersihan diri  malah kebersihan  persekitaran sekolah seterusnya mengamalkan budaya itu apabila berada di rumah masing-masing serta kawasann awam.

Murid-murid katanya perlu dididik supaya cintakan kebersihan sekolah agar sentiasa menarik dan memotivasikan mereka agar cintakan dan rajin datang ke sekolah untuk belajar.

“Dengan sebab itu pihak pentadbir  dan warga sekolah kena bijak mewujudkan panorama sekolah yang kondusif menarik  dipandang mata  malah suatu yang dapat motivasi murid-murid agar suka hadir  ke sekolah belajar”, jelas Datuk  Amisah ketika berucap merasmikan Landskap Taman Mini (Sepadu) SK.Pekan Dua,   terletak setengah kilometer dari pekan Ranau pada Selasa.

Datuk Amisah (kanan) menyampaikan hadiah kepada wakil kumpulan yang memenangi Johan  pertandingan Lanskap Taman Mini

Amisah yang juga Ketua Srikandi Bahagian Ranau dan  Naib Srikandi negeri Sabah memuji usaha warga sekolah SK.Pekan Dua Ranau kerana berjaya mencetuskan idea serta usaha murni baharu mewujudkan  Landskap Taman-Taman Mini di sekolah itu yang boleh diaplikasikan  sebagai sekolah contoh yang  boleh  dijadikan  sekolah pelancongan pada masa akan datang.

“Saya mengharapkan agar sekolah ini menerusi landskap yang menarik akan mewujudkan suatu panorama yang indah  yang  boleh menarik pelancong luar untuk datang melawat”, jelas Datuk Amisah sambil meluluskan peruntukan berjumlah RM5 ribu untuk menampung kos  keperluan mewujudkan  Landskap Taman Mini sekolah.

Turut hadir dan berucap  pada majlis yang dlaksanakan secara pematuhan SOP yang ketat ialah, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Bin Munsing, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG), Yuesri Bin Ismail Yusof dan Guru Besar SK.Pekan Dua, Ridiah Sailun sementara hadir sama ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Ranau yang juga Pegawai Angkat SK.Pekan Dua, Foo Lee Yen dan empat orang Jurunilai (Juri) Pertandingan 11 buah Taman Mini yang dipertandingkan serta guru-guru dan KTBM sekolah berkenaan.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN