ANDREW Liew menyaksikan jawatantankuasa baharu LCCC yang diketuai Wong Kii Yii mengangkat Sumpah jawatan bagi sesi 2024-2027.
LABUAN: Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC), Datuk Wong Kii Yii nengumumkan akan bertanding bagi Jawatan Presiden Persatuan Gabungan Dewan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Sabah pada Mesyuarat Agung dan sesi Pemilihan Jawatankuasa baharu Gabungan Dewan tersebut yang akan diadakan pada Julai depan.
Wong berkata keputusan untuk bertanding Jawatan itu selepas berbincang dengan penyandang Presiden Gabungan Dewan Dewan itu, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.
“Keputusan untuk bertanding Jawatan Presiden selepas mengambil kira semua pandangan dari Ahli Ahli LCCC termasuk saranan daripada penyandang Jawatan itu, Tan Sri Andrew Liew mencadangkan saya untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan akan datang” katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Dewan Perniagaan Tionghua Labuan sesi 2024-2027 di Salah sebuah hotel di sini, pada Sabtu.
Pada sesi Pemilihan akan datang, Tan Sri Andrew tidak akan mempertahankan jawatan tersebut untuk memberikan laluan kepada muka baharu yang berpotensi untuk memajukan lagi Persatuan Gabungan Dewan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Sabah dan Labuan ke era yang lebih maju dan berdaya saing.

ANDREW menyampaikan replika cek bernilai RM20,000 kepada Wong Kii Yii.
Hadir sama pada majlis itu Presiden Gabungan Dewan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Sabah dan Labuan Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Konsulat Jeneral Indonesia Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan, Ketua Polis Daerah Labuan, Supritendan Mohd Hazimi Halim dan Pengarah Jabatan Bomba dan penyelamat Labuan, Abdul Rahman Ali.
Hadir Sama menyaksikan Majlis Angkat Sumpah itu ialah 18 Ketua Ketua Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian dari beberapa daerah di Sabah.
Pada Majlis itu Gabungan Dewan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sabah dan Labuan menyerahkan sumbangan bernilai RM20,000 Kepada Dewan Perniagaan Tionghua Labuan.