33 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda StarSabah sambut baik pengisytiharan Hari Sabah

Barisan kepimpinan Wiramuda StarSabah menyambut baik pengisytiharan Hari Sabah


KOTA KINABALU: Barisan kepimpinan Wiramuda StarSabah menyambut baik pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos seperti yang diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri baru-baru ini.


Hari Sabah “Sabah Day” bakal disambut semula secara rasminya selepas hampir 60 tahun lebih semenjak tahun 1963 setelah kerajaan negeri Sabah mewartakan 31 Ogos sebagai Hari Sabah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Sabah pada 5 Jun 2024 lalu.


Terdahulu Gabenor British Sir William Goode telah mengistiharkan 31 Ogos 1963 sebagai Hari Sabah (Sabah berkerajaan sendiri)yang telah diumukan pada 28 Ogos tahun yang sama di Jesselton yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu.


Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan dalam siri jelajah beliau bersama rombongan pada tahun 2022 yang lalu dengan slogan “Gazette Kan Hari Sabah!”telah berhasil menjadikan 31 Ogos diwartakan sebagai Hari Sabah.


Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR SABAH)hari ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden STAR SABAH dan juga kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam usaha mewartakan Hari Sabah bagi memperingati sejarah negeri Sabah berkerajaan sendiri selepas pihak British melepaskan kuasa mereka di Borneo Utara.


Perwartaan ini juga amat penting untuk membuka minda anak-anak muda di Sabah untuk memahami sejarah bahawa 31 Ogos 1957 adalah Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan tidak berkaitan sama sekali dengan Sabah dan Sarawak sehinggalah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN