30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STAR yakin kerajaan mampu perhebatkan pembangunan infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat: Kong


Kong menyampaikan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penduduk kampung dalam Program CSR Ko-Nelayan di Balai Raya Kg. Miruru.

RANAU : Pergerakan Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yakin Kerajaan Negeri Sabah mampu memperhebatkan pembangunan infrastruktur khasnya pembaikan jalan raya dan gangguan bekalan air dikawasan kampung-kampung terpencil untuk meningkatkan ekonomi rakyat disamping memberikan keselesaan hidup.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, dibawah agenda Sabah Maju Jaya (SMJ), isu-isu yang menekan kehidupan rakyat seperti seperti itu antara intipati utama untuk diselesaikan dan bukan bersifat retorik.

“Rungutan penduduk kampung mengenai dua isu ini sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan malah telah disenaraikan sebagai isu mendesak yang menjadi keutamaan untuk diselesaikan”. Katanya dalam satu kenyataan ketika menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk empat buah kampung terpencil di daerah ini Sabtu lepas.

Dalam masa sama, Kong yang juga Pengerusi Ko-Nelayan Sabah berkata, penduduk kampung perlu sentiasa memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang hasutan yang memutar belit fakta sebenar mengenai agenda pembangunan yang telah dirancang.

Jelasnya, selain infratsruktur jalan raya dan bekalan air, kerajaan turut menyediakan beberapa bantuan lain termasuk Program Pembinaan Rumah Mesra SMJ kepada individu yang layak dan bantuan kebajikan untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) bagi meringankan bebanan golongan itu.

“Justeru, sokongan padu rakyat kepada kerajaan negeri amat penting bagi membolehkan segala perancangan pembangunan dapat direlisasikan dengan lancar. Komitmen kerajaan negeri ketika ini amat bertepatan untuk menjadikan negeri dan rakyat Sabah terus mengecapi kemajuan sesuai dengan slogan SMJ yang menggariskan penyelesaian isu-isu mendesak”. Katanya.

Sementara itu, sekitar 200 bungkusan bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk Kampung Mantapok, Miruru, Rumantai dan Mangkadait menerusi Program Corporate Social Responsibility (CSR) Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) sebagai salah satu usaha mendekati masyarakat yang tinggal dikawasan pendalaman.

Turut hadir dalam program itu adalah Sainin bin Hamid, Penyelia Kemajuan Masyarakat DUN Paginatan bagi mewakili Datuk Abidin Madingkir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan serta semua Ketua-Ketua Kampung dari empat buah kampung terlibat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN