ADVERTISEMENTspot_img

D’One Mart lancar kedai runcit ke 4 di Kampung Bukit Kuda.

Mohd Alias ( tengah) bersama jemputan khas pada majlis simbolik perasmian D’ One Mart Bukit Kuda.

LABUAN: Syarikat D’One Mart sebuah kedai runcit yang dibangunkan di kawasan luar bandar mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menambah rangkaian ke empatnya di Kampung Bukit Kuda.

Majlis perasmian pembukaan kedai runcit termoden itu disempurnakan pagi kelmarin oleh Pengasas D’One Mart, Datuk Sri Mohd Alias Abdul Rahman.

Dalam ucapanya beliau berkata, Kehadiran kedai runcit ini di kampung Bukit Kuda merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha D’One Mart untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Katanya, Kedai runcit D’One Mart Bukit Kuda merupakan kedai runcit moden yang menawarkan perbelajaan harian yang meluas dengan pelbagai produk serta dilengkapi dengan ciri ciri perniagaan transaksi terkini mengunakan platform digital Boost e-Dompet MAIWP untuk golongan asnaf dan platform e-Kasih serta MyMesra.

“Kedai runcit ini juga yang beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 9 malam itu turut mengendalikan program jualan rahmah sebagai salah satu usaha untuk membantu memudahkan program kerajaan kepada rakyat.

Sementara itu, D’One Mart Kampung Bukit Kuda juga komited untuk menyokong produk tempatan dan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kecil untuk memasarkan produk mereka di sini selaras dengan usaha untuk memajukan ekonomi setempat dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Menurut Mohd Alias, D’One Mart ditubuhkan pada tahun 2005 di pusat bandar Labuan dengan berpegang kepada misi untuk menyediakan barangan keperluan harian dengan harga yang
berpatutan dan kualiti yang terbaik.

Visi ini menjadi asas kepada semua operasi dan strategi perniagaan D ‘One Mart untuk memastikan setiap pelanggan dapat menikmati pengalaman
berbelanja yang memuaskan dengan penawaran harga yang berpatutan.

Tambah beliau, sejak ditubuhkan D’One Mart tidak terkuacuali daripada pelbagai cabaran dan perubahan dalam industri runcit.

Namun, dengan komitmen yang tinggi terhadap kepuasan pelanggan dan kualiti produk,
D’One Mart telah berjaya bertahan dan sentiasa berkembang dari cawangan pertama di pusat bandar kini telah mempunyai tiga cawangan masing masing di Kampung Ganggarak, Kampung Pantai, dan yang terbaru di Kg Bukit Kuda.

Hadir sama menyaksikan majlis perasmian itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Khalid Ghani, mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Ketua Kampung Bukit Kuda, Zulkifli Malik dan Pengurus D’One Mart Bukit Kuda, Nur Farizah Mohd Alias.

Turut hadir beberapa ketua jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan serta komuniti setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN