25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STAR gesa MCMC perluaskan capaian siaran radio ke kawasan pedalaman.

RANAU: Pergerakan Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (Star) menggesa kerajaan dibawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) agar memperluaskan capaian siaran radio ke pelosok kampung terpencil bagi memberi kemudahan informasi kepada penduduk.

Menyarankan perkara itu, Ketua Wiramuda parti itu, Kong Soon Choi berkata, ketika ini masih terdapat kawasan-kawasan perkampungan di Sabah yang belum memperolehi rangkaian radio khasnya siaran tempatan dan nasional yang disalurkan oleh media kerajaan.

“Jika capaian siaran radio seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dapat diperluaskan ke kampung-kampung ia bukan sahaja memberi kemudahan masyarakat memperolehi informasi semasa bahkan memberikan hiburan menerusi segmen siaran radio”. Jelasnya.

Kong

Katanya, beliau menyedari cadangan ini memerlukan kos yang agak besar namun dalam era digital ketika ini terdapat pelbagai kaedah penyaluran siaran yang boleh diguna pakai oleh pihak kementerian.

Kong yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut yakin dengan adanya siaran radio ke kawasan perkampungan terpencil, ia dapat menyampaikan agenda dan dasar kerajaan dengan lebih efektif.

“Semua agenda dan dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan dengan mudah kepada rakyat yang tinggal jauh di pedalaman jika mereka dapat capaian siaran radio. Selain itu mereka juga dapat mengetahui pelbagai perancangan mendatang yang digariskan kerajaan kepada rakyat”. Katanya dalam satu temubual media dekat sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau juga yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Hj.Noor beliau mampu merealisasikan agenda Sabah Maju Jaya dengan lebih efektif demi kemajuan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN