26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

WIPERS A dan Sukma Sabah A Juara Bola Tampar Pantai Terbuka UMSKAL 2022

HADIAH…..Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid menyampaikan hadiah kepada pemain WIPERS A. Turut kelihatan Dr Ahmad Fadly (dua kiri).

LABUAN: Pasukan WIPERS A dan Sukma Sabah A masing masing muncul juara Kejohanan Bola Tampar Pantai Terbuka UMSKAL 2022 kategori Lelaki dan Wanita yang berakhir di Gelanggang Bola Tampar Pantai UMSKAL pada Ahad lalu.

Di perlawanan akhir, WIPERS A yang dibarisi Ridzwan Rahman dan Al-Rashid Kungkoy  mengatasi cabaran rakan sepelatih WIPERS B yang dianggotai Mohd Qayyum Awg Tahir dan Bakri Safwan, 17-21, 24-22, 15-12.

Ridzwan Rahman dan Al-Rashid Kungkoy  merupakan wakil Wilayah Persekutuan ke Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur pada September depan.

Bagi kategori Wanita, pasukan Sukma Sabah A muncul juara selepas menewaskan pasukan VICS dari Labuan, 21-16, 21-17.

Sukma Sabah A yang diwakili Farah Mimie Muhamad Johan dan Zuliza Pilihan berkata kemenangan itu menyuntik semangat mereka yang akan beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur pada 16 September depan.

Pemain VICS yang diwakili Stephenie Jane Henry dan Merissa Lim May Yin  sebelum ini  pernah beraksi untuk pasukan Sukma Wilayah Persekutuan pada 2011 – 2013.

JUARA….Dr. Mohamad Rizal (kanan) dan Ahmad Fadly (kiri) bersama pasukan WIPERS A dan pemain Sukma Sabah A yang menjuarai kejohanan tersebut

Tempat ketiga bersama kategori Lelaki dimenangi Victory (Bomba Malaysia) dan United dari Perak.

Manakala kategori Wanita  tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Rhinos Sabah dan Eagle B dari Kedah.

Sebanyak 26 pasukan Lelaki dan 10 pasukan Wanita termasuk dari Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur, Perlis, Sabah, Bomba Malaysia. WP Labuan selain kelab-kelab dari Sabah dan WP Labuan menyertai kejohanan yang dianjurkan Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM500, naib juara RM300 dan ketiga bersama RM100.

Pengarah UMSKAL, Profesor Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut menyaksikan perlawanan akhir itu ialah Pengarah JBPM Labuan, Ismaidi Ismail, Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Labuan, Zulhelmi Amran, Pengurus Pasukan Wilayah Persekutuaan, Johan Junior Ong, Wakil Persatuan Bola Tampar Sabah, Affandy Awang. Pengurus V3 Sport, Loh Ai Min, Jurulatih Perak, Wan Kok Ping dan Setiausaha Persatuan Bola Tampar Kedah, Lee Khoon Por.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN