WEE KA SIONG ketika meninjau Pelabuhan Dermaga Labuan.
LABUAN: Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Dr Wee Ka Siong telah melakukan lawatan ke jeti pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan sempena lawatan kerja dua hari ke Labuan, bermula petang kelmarin (Khamis).
Terdahulu sebelum itu beliau yang disambut oleh Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) Datuk Kamalanathan P. Panchanathan berkesempatan mendengar taklimat mengenai penambahbaikan pengoperasian Pelabhuan Dermaga Labuan yang dikendalikan oleh Megah Port Management Sdn. Bhd.
Taklimat disampaikan oleh Pengurus Besar Megah Port Management Sdn. Bhd, Chi On Keong.
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, Datuk Chin Hong Vui, Ahli Lembaga Pengarah LPA, Datuk Khalid Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi Megah Port Management Sdn. Bhd., Datuk Seri Pactrik Tiong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPM Sdn. Bhd, Ijal Tahir.
Pada pagi ini (Jumaat) beliau dijangka akan menyaksikan perjanjian persefahaman (MoU) antara Syarikat Victoria STS dengan Syarikat Fendercare Marine Asia Pacific Pte. Ltd.,
yang akan berlangsung di Hotel Dorsett Grand Labuan.
Beliau juga dijangka akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri BN Labuan di kediaman rasmi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Labuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias.



