22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Ranau terus sokong perlaksanaan PKP 3.0

RANAU: Warga daerah ini terus menyokong penuh tindakan kerajaan melanjutkan tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh berkuat-kuasa 15-28 Jun ini untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Saya menyokong penuh usaha kerajaan itu untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang kini belum berakhir”, jelas Haji Roslan Bin Daiman dari Kg.Muhibah Ranau dan sependapat dengan Awang Shahrie Bin Jumat dari Kg.Kigiok Ranau.

ROSLAN, TAPIN, AWANG SHAHRI dan JOVITA

Seorang lagi penduduk Kg.Tudangan Ranau, Tapin  Bin Limun juga turut mengalu-alukan tindakan  kerajaan melanjutkan tempuh  PKP Penuh itu bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

Menurut Tapin, hnya dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan kerajaan akan dapat memutuskan rantaian penularan Covid-19.

“Rakyat harus mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk mendapatkan imunisasi Vaksin (suntikan) Covid-19” tambahTapin.

Seorang lagi yang sempat ditemui Jovita Fedilis dari Kg.Narawang mengajak penduduk daerah Ranau dan Kundasang supaya sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri, menjaga penjarakan sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, memakai pelitup separuh muka (facemask), sering membasuh tangan dengan air sabun (sanitizer) dan tidak mengunjungi kawasan sesak (ramai orang).

“Lindung Diri, Lindung Semua”, jelas Jovita.

          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN