26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 10, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Ranau kurang beri perhatian Perintah Kawalan Pergerakan ekoran Covid-19.

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Kesedaran masyarakat di sini berhubung Perintah Kawalan Pergerakan  selama 14 hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini, sebagai langkah drastik mencegah penularan Covid-19 masih kurang diberi perhatian.

Tinjauan media sekitar pekan Ranau mendapati, walaupun banyak premis perniagaan tidak beroperasi atau ditutup termasuk beberapa jabatan kerajaan dan agensi, namun ramai orang awam dilihat masih berlegar-legar sekitar pekan, sama seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan tengah malam pada Selasa.

Suasana hampir sama seperti hari-hari biasa

Keadaan ini berbeza dengan pekan-pekan di daerah lain yang kelihatan lengang termasuk beberapa buah bandar di negeri ini.

Di sini, beberapa premis perniagaan didapati masih menjalankan perniagaan termasuklah restoran sekitar pekan, malah dengan pelanggannya sekali duduk menjamu selara seperti tidak menghiraukan perintah yang dikuatkuasakan selain menganggap ancaman Covid-19 sesuatu yang remeh.

Suasana pekan Ranau di hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan

Netizen yang meluahkan kekesalan serta kemarahan menerusi media sosial, jelas menggambarkan kerisauan dan kebimbangan mereka terhadap ancaman virus tersebut yang kini sudah menular dalam negara dengan dua kematian direkodkan.

Virus maut ini juga sudah merentasi Laut China Selatan dengan catatan kes tidak rasmi di Sabah setakat ini hampir mencecah 100 kes.

Pemantaun dilakukan pihak polis di salah sebuah restoran sekitar pekan Ranau pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Peka dengan apa yang berlaku khususnya di pekan Ranau pada hari pertama perintah dilaksanakan, dilihat pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan pemantauan sambil memberikan penerangan dan nasihat kepada orang awam serta penianga sekitar pekan.

Apapuan alasan, dalam situasi genting ketika ini, keselamatan nyawa sendiri, ahli keluarga dan orang lain adalah menjadi keutamaan kerana Covid-19 umpama tsunami besar jika tidak diambil kisah. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN