TAN ENG SING…Pengerusi JKDB Pekan Ranau
RANAU: Orang ramai khususnya warga pekan disini, disaran supaya mengamalkan sistem 4K (Keindahan, Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) seperti yang dikehendaki Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pekan Ranau.
Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) pekan Ranau Tan Eng Sing berkata, saranan PBT itu perlu disokong dan beri kerjasama yang terbaik bagi mewujudkan suasana persekitaran ‘Pekan Dalam Taman’ menarik pengunjung dari dalam dan luar daerah untuk datang ke Ranau.
“Segala usaha pihak PBT itu wajar disokong demi kebaikan bersama terutama mengelakan penularan penyakit berjangkit disebabkan persekitaran yang Kotor”,jelas Tan ketika ditemui selepas Kunjungan Hormat JKDB Ranau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk bersuaikenal dengan Ketua Polis Daerah Ranau, DSP.Sammy Newton baru-baru ini.
Tan Eng Sing turut merakam penghargaan kepada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau (MDR), Jupirin Bin Haji Ruhimin dan Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir kerana menaruh kepercayaan kepada JKDB melaksanakan tanggungjawabnya mempelbagaikan program terutama memberi kesedaran kepada awam berhubung pentingnya mengamalkan kebersihan persekitaran pekan ke tahap terbaik.
“Saya selaku Pengerusi yang diberikan tanggungjawab mengemudi JKDB berterima kasih kepada MDR dan staffnya, kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada JKDB pekan Ranau.
“Tugas sebagai Pengerusi, bukanlah suatu yang dibanggakan sebaliknya satu tanggungjawab yang harus dipikul dan dijalankan sebaik mungkin melalui sokongan daripada semua AJK.
“Apapun, pihak JKDB masih memerlukan teguran yang membina daripada semua pihak untuk membaiki sebarang kesilapan yang berlaku (jika ada) yang kami lakukan tanpa disedari”, tegas Tan.
Menurutnya, teguran membina amat diperlukan termasuk teguran awam mengenai kerosakan sistem perparitan, kutipan sampah dan kerosakan lampu jalan di perkadaran kawasan pekan telah di atasi segera oleh pihak berwajib.
           Â