26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 10, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Ranau diajak untuk terus patuhi SOP, kekalkan status Zon Hijau

Nadirawani (Kiri) dengan kawannya.

RANAU:  Warga daerah ini diajak supaya terus mematuhi SOP bagi mengekalkan daerah ini sebagai kawasan Zon Hijau setelah ‘0’ penularan wabak Covid-19 sejak minggu lepas.

Ramai penduduk daerah Ranau dan sekitar Kundasang yang menghubungi Borneo Daily Bulletin menyeru penduduk kedua-dua kawasan itu supaya mengekalkan pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir.

Jovinah dan Sualim.

“Kita rakyat Ranau harus menjaga kebersihan diri sendiri dan setiap orang harus berbuat demikian, Kita Jaga Kita’, Jaga Keluarga, Jaga Komuniti dan negara kita daripada jangkitan  pandemik tersebut”, jelas Nadirawani Sahirah Binti Roslan 20, dari Kg.Lipoi Ranau sependapat dengan  Subettyi Binti Ibang 38, dari Kg.Matupang Ranau.

“Ya status Ranau Zon Hijau ini, mudah-mudahan  berkekalan membolehkan penduduk menjalankan aktiviti harian khususnya mereka yang terlibat dalam bidang Perniagaan”, jelas Sualim Gundiba 61, dari Kg.Bundu Tuhan.

Subettyi (Kanan) bersama rakan-rakanya

Seorang anak kelahiran Kg.Malinsau Ranau, Jovinah  Joiny 26, mengharapkan kepada semua orang di Ranau dan Kundasang supaya mematuhi Perintah Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.

Syukur Kita di Ranau kini sudah berada dalam  Zon Hijau yang patut dikekalkan”, tambah Jovinah.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN