27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Pendidik Labuan bermunajat

PROGRAM Munajad Warga Pendidikan

LABUAN:Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB)  dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan sekali lagi menganjurkan Program Munajat Bacaan Yasin dan Doa Warga Pendidik secara dalam talian yang diadakan pada Jumaat lalu.

Program yang diadakan selepas solat Maghrib masing masing di rumah itu  sebagai usaha bersama untuk mencegah penularan wabak COVID 19.

PENGETUA SMKTPB…..Ag. Rozlan Manan

Turut hadir sama dalam program itu Pengarah  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPNWPL) Yusup Haji Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Ustazah Hajah Kamariah Salim, Pengetua SMKTPB, En. Ag Rozlan Manan Pegawai-Pegawai JPNWPL, guru-guru, ibu bapa dan juga murid-murid.

Hadir sama, Pengetua SMKTPB, En. Ag Rozlan Manan. 

Menurut moderator, Ustaz Mohd Daud Abdul Rahman, tujuan utama program tersebut  adalah untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan semua warga pendidik, petugas di barisan hadapan, murid- murid, keluarga dan masyarakat agar terhindar daripada ditimpa musibah wabak Covid-19.

“Program ini juga bertujuan untuk memohon kepada Allah SWT agar mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 akan kembali sembuh dengan segera dan mendoakan agar negara kita serta dunia akan bebas daripada wabak ini”

“Program ini juga diadakan untuk mendoakan kesembuhan buat adik Muhammad Najman bin Nazmi dari Tingkatan 1 Delta yang menghidap penyakit buah pinggang” katanya.

ADIK Muhamad Najman…. Semoga cepat sembuh

Sementara itu,  Ag Rozlan  merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua dalam menjayakan program tersebut.

Jelasnya,  program ini  juga merupakan sebahagian daripada usaha pihak sekolah dan JPNWPL dalam menangani pandemik Covid-19.

Dalam waktu yang sama beliau memohon kerjasama daripada ibu bapa untuk sama-sama memantau pembelajaran anak-anak di rumah memandangkan tempoh pelaksanaan PdPr yang masih panjang.

“Walaupun PdPr tidak sama dengan pembelajaran secara bersemuka, namun  saya yakin dengan adanya kerjasama daripada ibu bapa, anak-anak tidak akan tercicir dalam pembelajaran walaupun secara PdPr” katanya.

Beliau juga mengharapkan agar semua hadirin dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keafiatan untuk adik Mohd Najman bin Nazmi (murid SMKTPB) yang menghidap penyakit buah pinggang dan akan menjalani pembedahan.

Pada kesempatan itu, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Maklumat ICT, Mohd Nazrien  Abdul Rahman turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada SMKTPB kerana berjaya melaksanakan program ini.

Beliau juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada SMKTPB kerana peningkatan pencapaian dalam keputusan SPM 2020 dengan pencapaian GPS 4.76.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN