27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Labuan diseru bantu kerajaan banteras jenayah seksual dalam talian

SIMBOLIK… Rithuan (tiga dari kiri) bersama Ansharey (dua kiri) dan Alyas Roy (dua dari kanan) ketika melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Sekseual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak ‘Klik Dengan Bijak’ peringkat Labuan, pada Sabtu

LABUAN: Warga Labuan diseru bersama sama kerajaan membanteras jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak disamping membantu dan membimbing golongan tersebut dan  ibu bapa serta komuniti  daripada terjebak dengan jenayah siber yang semakin membimbangkan ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata, eksplotasi seksual  secara  dalam talian menunjukkan peningkatan terutamanya kasalahan pornografi kanak-kanak.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menunjukkan sejumlah 106,764 ip address yang berdaftar di negara ini telah membuat perkongsian pornografi kanak-kanak sejak tahun 2017 hingga Ogos 2022.

“Justeru itu beberapa pendekatan telah  diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (MCMC) sebagai usaha meningkatkan rasa tanggungjawab pengguna internet dikalangan rakyat Malaysia, menerusi program ‘Klik Dengan Bjiak’

“Ini kerana program tersebut  bertujuan untuk membudayakan  pengguna internet secara positif berteraskan  tiga aspek iaitu, keselamatan, kewaspadaa dan tanggungjawab” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak ‘Klik Dengan Bijak’ peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Program anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan dan Suruhanjaya Komunikasi DAN Multimedia (MCMC) Wilayah Persekutuan telah diadakan di ruang legar Ujana Kewangan, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah JKM Labuan, Ansharey Matarsad dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Wilayah Persekutuan, Alyas Roy Amir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN